Kerjaya Mohd Rauh Abu

Mohd Rauh Abu menganggotai kumpulan Satira yang ditubuhkan sekitar 1987, namun setelah tampil dengan dua album, anggota kumpulan ini membawa haluan masing-masing. Pada 2009, Satira kembali dengan anggota asal, tetapi Nan, Atoy dan Mie terpaksa menarik diri, kerana komitmen kerjaya dan juga keluarga.

Bertitik tolak dari situ, Aub dan Zul telah diserapkan untuk berpayung di bawah lembayung Satira dan pernah beraksi bersama dalam konsert kumpulan muzik heavy metal dari Jepun, Loudness sebagai aksi pembukaan bersama Kumpulan Sofea dan Shewolves. Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain bass lagenda negara.

Mohd Rauh atau Aub juga pernah membintangi filem Aku Kaya The Movie bersama Bandi Amuk dan Stone. Selain itu, Aub juga sering mengiringi persembahan dan menjadi pemuzik bagi rakaman album beberapa artis tempatan.